Monday, July 6, 2015
Example of A Tenancy Agreement
SURAT PERJANJIAN
SURAT PERJANJIAN INI DIPERBUAT PADA 22 SEPTEMBER 2011 Di antara YEOW KIM FAH No IC : 680711-10-5135 yang beralamat di No.96, Jalan Sungai Keramat 4, Taman Klang Utama, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan (selepas ini akan dirujuk sebagai Pihak Pertama.) DAN
MULTI MILLION ENTERPRISE No. Pendaftaran : SA 0199275 melalui pemilik berdaftarnya ROSLANI BINTI HASSAN No IC: 530525-04-5374 yang beralamat di No 62, Taman Meru Jaya, Batu 5 ¾ Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan (selepas ini akan dirujuk sebagai sebagai Pihak Kedua.)
SYARAT DAN PERJANJIAN SEWA ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. Pihak Pertama mempunyai sebuah rumah kedai terletak di No 18, Jalan KS 5/ KU 5, Klang Sentral, Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan dan pada hari ini mengaku dan bersetuju menyewakan rumah kedai tersebut kepada Pihak Kedua untuk tempoh selama tiga (3) tahun bermula pada 1 OKTOBER 2011 sehingga 30 SEPTEMBER 2014 dengan kadar bayaran sewa sebanyak RM1,300.00 sebulan.
2. Pihak Kedua dengan ini mengaku dan bersetuju untuk pegang sewa rumah kedai milik Pihak Pertama yang tersebut di atas untuk selama tiga (3) tahun sahaja bermula1 OKTOBER 2011 sehingga 30 SEPTEMBER 2014 dengan kadar bayaran kadar bayaran sewa sebanyak RM1,300.00 sebulan.
3. Sebelum Pihak Kedua dibenarkan menduduki rumah kedai tersebut Pihak Kedua dikehendaki membayar
3.1 wang pertaruhan sewa ( deposit ) sebanyak RM2,600.00. Pihak Kedua juga dikehendaki membayar sewa untuk bulan pertama sebanyak RM1,300.00. Ini bermakna sebelum Pihak Kedua dibenarkan menduduki rumah tersebut Pihak Kedua dikehendaki membayar RM3,900.00 kepada Pihak Pertama. Wang pertaruhan sebanyak RM2,600.00 akan dikembalikan oleh Pihak Pertama kepada Pihak Kedua setelah genap dua tahun Pihak Kedua menyewa rumah kedai tersebut.
3.2 Bayaran diposit tambahan untuk bekalan air, elektrik, pembentungan dll sebanyak RM650.00
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN SEPERTI DI BAWAH.
1. Bayaran sewa rumah kedai hendaklah dijelaskan oleh Pihak Kedua kepada Pihak Pertama pada setiap dan/atau sebelum 5 haribulan setiap bulan tanpa diminta.
2. Bayaran bil air (PUAS), eletrik (Tenaga Nasional Berhad) dan pembentungan (Indah Water) adalah ditanggung sendiri oleh Pihak Kedua. Bil-bil hendaklah dijelaskan dengan kadar yang segera bagi mengelakkan bekalan air, eletrik dan pembentungan di potong. Pihak Pertama hendaklah diberi kebenaran meneliti bil-bil berkenaan jika dikehendaki berbuat demikian.
3. Pihak Kedua hanya dibenarkan menduduki rumah kedai tersebut bersama ahli keluarga atau pekerjanya sahaja dan tidak dibenarkan menyewa mana-mana bahagian rumah itu kepada pihak lain.
4. Sewaktu rumah kedai diserahkan kepada Pihak Kedua ianya adalah didalam keadaan yang elok dan tidak ada sebarang kerosakan.Tanggungjawab Pihak Kedua membaiki kerosakan rumah kedai itu jika berlaku apa-apa kerosakan yang berpunca daripada Pihak Kedua.
5. Walau bagaimanapun jika kerosakan rumah kedai berpunca daripada bencana alam misalnya disebabkan oleh banjir, angin ribut atau sebagainya kerosakan rumah itu akan ditanggung sendiri oleh Pihak Pertama. Tetapi jika disebabkan oleh kecuaian dan kelalaian Pihak Kedua maka adalah menjadi tanggungjawab Pihak Kedua menanggung kos kerosakan tersebut.
6. Pihak Kedua dilarang sama-sekali melakukan apa-apa kesalahan atau kegiatan yang salah di sisi undang-undang di dalam rumah kedai tersebut. Sekiranya Pihak Kedua melakukan juga apa-apa pekerjaan atau kegiatan yang salah dan sekiranya tertangkap maka Pihak Kedua bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesalahan tersebut. Pihak Pertama tidak bertanggungjawab di atas kesalahan yang dilakukan oleh Pihak Kedua.
7. Pihak Kedua menyewa rumah kedai tersebut selama tiga (3) tahun sahaja dan apabila genap tempoh perjanjian maka sekiranya Pihak Kedua masih berhajat untuk terus menyewa rumah kedai itu maka bolehlah Pihak Kedua berjumpa dan berunding dengan Pihak Pertama untuk melanjutkan tempoh perjanjian dengan kadar sewa yang baru. Jika dipersetujui oleh Pihak Pertama satu perjanjian yang baru akan diperbuat oleh Pihak Pertama atau Pihak Kedua.
8. Jika sekiranya Pihak Kedua ingin menamatkan perjanjian sebelum genap tempoh yang dijanjikan maka Pihak Kedua dikehendaki serahkan kembali rumah kedai itu kepada Pihak Pertama. Pihak Kedua tidak dibenarkan memberi sewa rumah itu kepada pihak lain untuk menggantikan dirinya. Pihak Kedua juga tidak boleh tuntut kembali wang pertaruhan yang berjumlah RM2,600.00 kerana wang itu dikira lupus dan menjadi milik Pihak Pertama.
9. Sebarang bentuk penambahan bangunan adalah dengan kelulusan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Pihak Kedua bertanggungjawab sepenuhnya. Pihak Kedua tidak boleh meminta sebarang gantirugi atau pampasan apabila berhajat keluar dari menyewa kelak.
Demikianlah perjanjian sewa rumah yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Setelah ke dua-dua belah pihak membaca dan memahami isi kandungan SURAT PERJANJIAN ini maka kedua-dua belah pihak bersetuju menurunkan tandatangan persetujuan di bawah ini berhadapan saksi masing-masing
Ditandatangani oleh YEOW KIM FAH :
No I/C : 680711-10-5135
(Pihak Pertama)
dihadapan saya
Nama saksi : SAIMAN BIN MOHD SHARIFF
No I/C : 540110-10-5039
Ditandatangani oleh ROSLANI BINTI HASSAN :
No. I/C : 530525-04-5374
(Pihak Kedua)
dihadapan saya
Nama saksi : SAIMAN BIN MOHD SHARIFF
No I/C : 540110-10-5039
Bertarikh 26 SEPTEMBER 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment